Assalammualaikum wbt.
Hi readers! It's been awhile I tak post sampai dah naik sem baru dah haha. tak tahu sebenarnya nak share apa. kalau aku share banyak-bnayak pun bukannya ada orang baca em em em
tapi tak apalah aku punya blog kan? suka hati akulah nak share ke tidak. If you guys noticed that I've deleted some of my posts which is mostly related to UiTMPG. Sorry guys I have to or mana yang I patut padam I padam okay>|<
Okay, seem 2015 is about to meet with the end so I'm gonna wish all of you a Happy New Year! woohoo~ So, apa azam korang tahun baru ni? ececeh
Must some of you be like... 'Eleh, tak payah nak azam baru sangatlah, azam tahun lepas pun tak tercapai.'
Haha suka hati korang lah. Padahal aku pun sama je bukan setakat tahun lepas... tahun lepas punya lepas punya lepas pun tak tercapai apa lagi azam tahun baru. haha apa-apa pun If Allah will, segalanya akan tercapai. No worries gais!
Hope for the best, prepare for the worst.
Cuma azam aku kali ini supaya dapat buat yang terbaik untuk sem ini memandangkan sem lepas aku agak down sedikit bcs everything happens so sudden. Aku tak sempat nak mengenal itu ini itu ini tiba-tiba aku terus jump and speed. Then, aku tertinggal what I supposed to know and take note the important things during the early sem. Aku tertinggal MDS, tertinggal class, tertinggal satu assignment tapi nasib baik result okay. Kemudian yang side effect tak payah cakaplah.., Baru nak kenal dunia baru kan? tapi tak apalah benda dah lepas. We learn from mistakes, right?
Sekarang ini aku tengah cuti midsem, haaa naik cuti ni tengoklah macam mana. Nak submit assignment-lah, quiz-lah, test-lah, presentatiuon-lah, AGM club-lah macam-macamlah. Dah lah cuti macam tak cuti, assignment homework bertimbun hadehhh makin tinggi sem makin tough tak tahulah aku bila dah sem 4 nanti. Senput! Ramai senior kata sem 4 paling tough haihh adat...
Walaupun sudah sebulan berlalu tetapi sudah bermacam-macam dugaan aku tempuhi dengan penuh kesabaran kerana pengalaman mematangkan fikiran.
Sem ni sahaja aku sudah menjadi pelajar non-resident. Ha terkejut bukan? Terlalu awal, bukan? Dalam kelas aku, dalam kor aku, akulah the only siswi yang outsider. haha kisah apa aku! Next sem dia orang kena campak luar jugak. Time tu baru dorang tahu langit tu tinggi ke rendah. Berdasarkan pengalaman aku semasa tidak mendapat kolej pada permohonan pertama memang aku redha jelah tak dapat kolej. Nasib rumah dekat and sementara cuti sekolah ni bolehlah mama ulang-alik hantar ambik aku tapi aku tak sanggup tunggu lama-lama sampai maghrib mama pick up aku. Haihh tak siorr teman.
Sehari sebelum kuliah bermula lagilah kelam-kabut naik bot aku dengan ex-housemate aku masa sem 1 yang tak dapat kolej. Mati-mati kitorang ingat rumah sewa dah settle rupanya sampai hari kejadian pemilik rumah sewa tidak dapat dihubungi. Ah sudah! Haru biru kuning merah putih kami. Terpaksa aku ke U periksa nama-nama siswi yang berjaya dapat kolej.
Sesiapa yang membuat rayuan kolej macam aku sudah tentu tak ada dalam senarai sebab tengah pending. Tetapi tidak sistematik betullah, kenapa lama sangat keluarkan keputusan rayuan? Habis tu kalau budak-budak yang duduk jauh yang tak dapat kolej tengah buat rayuan ni macam mana? Nak merempat? Kalau aku okay lagi rumah dekat.
Kes ini menjadikan kami ditelan mati bapak, diluah mati emak.
Katakanlah kau dah jumpa rumah sewa, tetapi kau tak confirm lagi sebab kau tengah tunggu keputusan rayuan kolej. Lepas tu owner rumah sewa pulak nak keputusan dengan deposit sekarang juga pastu kau nak kena rebut dengan orang lain yang nak sewa jugak. Kau dah habis tenaga dan masa keliling sana sini cari rumah sewa, contact orang itu ini, nego-nego harga lagi sampai kau dah jumpa yang last choice ni kira paling terbaiklah. Agak-agaknya kau nak lepaskan ke tidak? Tetapi pada masa yang sama kau tengah tunggu keputusan rayuan kolej yang entah tidak pasti itu. Haa macam mana ni?
ADUUHHHHH PENING!!!!!!
Belum start kuliah lagi sudah pening-pening. Padahal nak belajar sahaja pun. So, aku tak ada pilihan lain. Terpaksa aku korbankan duit yuran pengajian untuk membayar deposit rumah sewa. T^T Nasib baik U bagi masa tempoh bayaran yuran. So, aku ada banyak masa lagi. Selesai satu masalah. Masalah yang lain tak payah ceritalah. Banyak sebenarnya...
So, ada sesetengah orang mcm insist aku share macam mana menjadi pelajar NR ni. Mana lagi banyak pros-nya atau cons-nya. Bagi aku, semuanya seimbang. Pros 50% Cons 50%. Like... duduk luar ni antara masalahnya ialah pengangkutan. Kalau sesiapa yang memang dah ada kereta sendiri tu tak ada hal lah cuma duit minyak sahaja. Kalau macam aku ni naik bas, kena bangun awal pagi sebab nak kejar bas lagi pastu bayar duit tambang RM1 sekali naik. Kemudian bila nak balik rumah kena tunggu bas pulak sebab dia ada masa-masa dia. Kalau aku kor sampai pukul 7 memang kirim salamlah. T^T Itu satu hal, belum lagi masuk bayar sewa rumah sebulan, dengan penghuni rumahnya hanya 4 orang sahaja pastu tak termasuk bil api air lagi T^T huaa benci ko owner! Haha jk xP
Tetapi apa yang aku dapat duduk luar ni ialah aku dicemburui rakan sekelas. Selalunya aku akan dengar 'Untungnya duduk luar ni, duduk kolej macam tak ada life tahu tak?'
Ha memanglah, yang korang ingat aku yang ada life sangat ni boleh belajar ke dengan dugaan tv, dugaan tempat belajar yang tidak kondusif dengan macam-macam hal lagi. Tough tak tough semuanya lebih kurang sahaja.
Duduk luar ni rasa mcm duduk rumah sendiri. Bila kau lapar kau boleh masak. Duduk kolej mana boleh masak. Tak nampak kat atas syiling tu ada apa? - Smoke detector yang korang ingat CCTV tu. Kalau masak kang tak semena-mena pekak telinga masing-masing dengar loceng kecemasan. Sudah satu kerja nak kena turun bawah beli makanan. Kalau lambat beli, makanan habis pulak. Dahlah kampus aku ni kampus engineering. Bila dah masuk dunia engineering sudah tentu ramai siswa. Bila ramai siswa yang perut macam tangki air, the rate of the number of food decreasing in campus will increase. Haa time tu hisap jari jelah kome. Walaupun baru sem satu tapi sudah banyak benda aku belajar. Kalau duduk luar ni, kau lapar tapi malas masak at least rebuslah maggi takpun order kfc ke... kalau banyak duitlah takpun makan luar kat mamak dapat wifi lagi.
Lagi satu kan, duduk luar ni pergerakan tidak terhad dan terkawal. So, pandai-pandailah jaga diri. Bebas memang bebas tapi jangan nak bebas sangatlah. Kau tahu jelah zaman sekarang ni macam mana. Duduk kat apartment yang ada security belum tentu selamat. Walaupun U menterhadkan sampai pukul 11 malam tetapi alhamdulillah selamat. Kalau duduk luar tiada had, kau nak overnight study group kat starbuck coffee pun boleh. tapi boleh masuk otak ke akak abang oi?
Duduk luar overall memang best sebab bebas dari peraturan tetapi sebenarya dengan peraturanlah menjadikan kita bukan setakat lebih berdisiplin sahaja malah mematangkan kita. Menjadikan kita lebih menghargai sesuatu seperti masa, tempat, duit dan macam-macam lagi. Lagi satu lebih terjamin dari segala bentuk dan kita pula akan banyak memperoleh kebaikan kelak.
Aku rasa setakat ini sahajalah perkongsian aku. Sebenarnya banyak lagi aku nak share karang berjela pula post aku macam karangan STPM bukannya korang baca pun. Haha
Sebelum berakhirnya tahun 2015 yang penuh pancaroba ini saya ingin menyusun nan sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada salah dan silap, terkasar bahasa yang mengguris hati pembaca atau telah menimbulkan ketidakpuas hati dengan post-post saya yang terdahulu... kosong-kosong ya semua. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan memang saya akui diri ini penuh khilaf yang tidak terlepas dari jangkitan virus kejahatan yang sudah merebak dalam diri saya. Joisonghaeyo yeorobeun~ Saya undur diri dahulu dan jumpa pada tahun hadapan.
May all your dreams comes true.
Salam 2016.
No comments:
Post a Comment