Monday, 7 September 2015

Menyomenyo :3

Assalammualaikum,Hi, guys. Lama tak post. Cehh baru berapa hari gap haha okay. Sebenarnya aku tgh busy dengan test, quiz, assignment, presentation, project and etc. well, students life. Tapi at least aku ada masa gak nak post kat sini supaya ada sikit update taklah berabuk benor blog aku ni.Blog ni dah macam aku bukak kedai pastu business jalan macam tu je then stop then start balik. Haa lebih kurang lah. Kedai lama aku ni nak kena renovate pulak. Aku tau mmg cliché an blog ni? sabolah, nak renovate makan masa tau. Lagi2 bila ada probs takleh pakai blogskin tu pun makan masa gak sbb nak edit.So, how’s your days, dear readers? Ada okay tu macam ka? Well, final test lagi sebulan so berhuhu lah aku. Ouh ya, kalau korg nak tahu perkembangan Uitm Pg sekarang ni baru sahaja selesai Majlis La Fiesta yang dianjurkan oleh Student FPP Part 3 tidak silap. Aku ni dari hari tu tidak silap tidak silap. Cemana nak jadi reporter ni? haha sebab aku bukannya busybody sangat. Desas-desus yang berlaku kat negara sendiri pun aku kurang ambik tahu. Maklumlah duduk dalam hutan. Takpe, ada lagi 2 bulan je, huhu sabaq sat.Guys, aku nak tanya ni… kalau aku tido dulu boleh dak? Hehe gurau. K aku tau korang tak jumpa lawak aku. Don’t worry, lawak aku memg tak pernah jumpa pun, tak wujud lagi. Aku takde mende nak share ni tapi nak tulis gak, haha tu masalahnya.Haa k gini, aku nak share sikit lessons yang aku dpt spnjg sem 1 ni. aku nak bagitau, tak payah nak excited sangatlah kalau dapat masuk U lagi2 budak2 sem 1. Kalau takleh perform dari awal, tak guna gak. Telinga aku dah berdesing banyak kali dah dengar, sem 1 sepatutnya senang dapat Anugerah Dekan. Lagi best aku dengar, ‘Make sure dapat anugerah Dekan setiap sem.’ Pergh! Aku dengar je dah bingit. Dia tak tau aku study macam nak apa, senang2 je cakap aku boleh kejar dekan tapi In Shaa Allah. Jika diizinkan Allah, aku boleh dapat tetapi yang penting usaha kena ada.Aku sekarang ni bab test, kalau tak perform tu memang aku mengaku salah aku sendiri sbb kurang usaha tetapi kalau bab buat assignment, project, report… tu yang sangat bermasalah bagi aku. So, kat sini aku nak cakap, kalau kau jenis pemlas, suka buat kerja last2 minute, aku cadang tolong cari group member yang suka push kau buat assignment atau sng cakap, yang boleh diharap. Bukannya kau tunggu dia, dia tunggu kau kang tak gerak memang barai pointer korang.Lagi satu kalau korg ni jenis serba kekurangan contohnya sumbangan dari sudut idea, cari group member yang pandai or yang suka think out of box or korang sendiri ke memang dah pandai, Alhamdulillah so tolonglah member2 yang lain. kau masuk U ke, matrik ke, pra-u ke aku nak tekankan kat sini jangan lupa kawan, sebab punca kau berjaya pun sbb kawan kau, kalau kau jatuh pun mgkin sbb kawan kau jugak. That’s mean berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Takde istilah kau nak berjaya, tak boleh berjaya sorang2. Sebab markah korang banyak dikira dari group assignment.next, bila dah pilih group, korang kena jaga hubungan korang dgn team member, selalu in contact dgn dorg sbb ukhuwah yang rapat sangat membantu sesuatu pekerjaan berjalan dengan lancar means you should have a very good communication to each other. Bagi masing-masing selesa antara satu sama lain likes a family bonding so, bila nak curahkan idea senang korang nak pertimbangkan sama ada diterima atau tak. Nanti taklah korang rasa terasing yang lain kemain duk pot pet hangpa jadi dinding.Next, korang kena pandai buat time management dan bagi task setiap seorang sama rata. Baru kerja semua berjalan smooth je. Haa, ni! Kalau korang figure out one of team member kau tak buat kerja, kau kena push dia. Kalau dia degil korg buang je dia dari group, haha k gurau. Tadelah maksud aku masing-masing saling ingat-mengingati. Bagi motivasi sikit kalau member kau tu pemalas. Semangat berkumpulan itu kena ada.Tbh, memg leceh an kalau buat kerja group ni? lagi2 sebelum buat kerja lagi dah leceh dah, sebab nak kena form group. Lagi-lagilah kau ni sejenis loner, memang leceh bagi korang nak form group. So, moral of the story is kau kena didik diri kau jadi friendly and open minded sikit. Bukan sikit, tapi banyak. Sbb benda ni didik kau on how you work in one organisation and what’s your roles and contribution to develop your project group. Masing-masing wajib memainkan peranan.Then, setiap perkara kalau kau nak berjaya, kau kena bergerak sendiri, kena buat sendiri. kau dah besar takde sape nak suap-suap lagi dah. Cnthnya, kau nak form group, kau kena tebal muka cari ahli bukan nak kena tunggu dorg pickup kau. Nanti mulalah keluar ayat, ‘ingat aku batak sangat nak satu group dengan kau?’ Haa tu TAK NAK. Jangan jadi bebudak kay? Matang sikit! Lagi satu, kalau kau tgok group assignment korang macam tak gerak lagi2 due date makin dekat, korang kena sentiasa ingatkan dorang. Jangan termakan sangat dengan alasan dorang.Last, aku nasihatkan tolong jaga kesihatan dan pemakanan tu. aku tahu korg tgh save duit. Tu lah duit plkn buat apa? Kumpui buat beli iphone? Pastu makan meggi. Asyik tibia meggi je kang jawab exam blank. Dah sia2 hidup. Lagi satu jangan lupa jaga kebersihan diri dan persekitaran korang ya?
Okay it’s almost 2a.m haha cukup panjang dah tu. aku sure korang memang tak baca punya. Better korang baca notes ke slide ke apa ke an? Haha dah faham sangat dah. Tak kisahlah kalau siapa rajin, bacalah. Aku tulis ni sahaja nak share. So tips yang aku tulis tu semua mmg berlaku pada diri aku sendiri. maklumlah, masih freshie lagi kan? Sbb takleh adapt lagi. Haa tu la alasan aku. Aku kesian gak kat parents dah banyak melabur sekali tgok result hancur. Korang nak ke mcam tu? Nauzubillahminzalik~ Okay la gais, sis nak beradu dah ni. hope sgt tips yg sis bagi tadi tu sedikit sbyk dapat korg applykan pada diri sendiri dan ini utk diri aku jugak supaya benda ni tak berulang pada sem depan, in shaa Allah. Okay wassalammualaikum, sweet dream gais, bye.

No comments:

Post a Comment